|
Bertaubatlah
Wednesday 19 June 2013 | 12:55 am | 0 candie blossom
Assalamualaikum sahabat sekalian.. So, first sekali Hana nak minta maaf kalau Hana ada buat salah.. Sama ada hana sedar atau tak sedar.. okay, jom baca about title atas tu. Bertaubatlah ? Betultu, 'Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka' . Kita masih diberi peluang untuk bertaubat ke jalan yang benar. jalan yang Allah redhai.. jadi belum terlambat lagi untuk kita bertaubat, bukan? Haha, skema nyaa.. Tak kesah. Entry kali ni hana nak kongsi kan sikit ilmu hana.. apa yang hana tau kita kongsi sama sama okay.. anda pon boleh berkongsi sama yang lain, cbox kan ada. apa susah :) jadii, jom baca lagi...Sedar ataupon tidak, setiap satu saat, satu minit, satu jam, satu hari, satu bulan, satu tahun, satu dekad, kita melakukan dosa tanpa kita sedar? Pernah ke tidak anda meminta ampun kepadaNya? Pernah ke tidak didalam sehari, kita berzikir, memanggil nama Rasulullah? Pernah atau tidak? ya allah, tidak kita menyangka, begitu banyak dosa yang telah kita lakukan selama ini. ya Allah, ya Rabbi... Jadi, mulai saat ini, sedar lah wahai hamba Allah, sedarlah. Minta ampun kepada Allah dalam doa kita.. Solat fardhu, tidakkah mustajab apabila seseorang itu berdoa didalam tadahannya? subhanallah.. Berzikirlah, walaupun dengan satu zikrullah, selawat lah kepada Nabi Muhammad SAW.. Sebutlah namanya. 'Apabila umatku menyebut namaku didalam doanya, maka aku akan menyebut namanya di akhirat kelak' . Subhanallah, tidak rugi kita memanggil kekasih hati kita, bukan? ya Allah.. Secara sedar atau tidak, kita mengkhianati diri sendiri? Ya Rabbi... Ya Allah, ampunkanlah kami ya Allah... Rukun Islam ada lima.. Antaranya, Solat 5 waktu sehari semalam. Iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak . Rasulullah penat ulang alik bertemu denganNya mengurangkan solat daripada 50 waktu sehingga menjadi 5 waktu.. Tidakkah kita kasihan kan Rasulullah yang bersusah payah turun naik itu.. Ya Allah.. Susahkah kita untuk menunaikan solat fardhu? Ya Allah, iyea, saya juga mengaku yang saya juga tertinggal solat subuh, tapi, inilah masanya untuk kita berubah... Berubah ke jalan Allah. Selagi pintu taubat masih terbuka bukan? Bila sudah tertutup pintu taubat baru lah kita menyesal.. Itulah manusia... Nauzubillah.... Sedarlah wahai Hamba Allah sekalian. Bangkitlah. Bangun lah untuk meluruskan jalan kita... ya Allah.. Jika anda merasai yang anda dikhianati, cuba lah tips ini..; saya screencut je tu.. Jika didalam hati tersimpan hasad dengki, iri hati, dendam mendendam, hati takkan tenang.. Buanglah ianya jauh jauh.. Mulakan hidup baru.. Mengenali lebih dalam apa itu Islam dan hidup ini... Semoga Ilmu yang singkat ini memberi manfaat kepada anda.. Semoga Allah memberkati hidup kita dan membahagiakan kita didunia dan diakhirat.. Ameen ~ Assalamualaikum 'Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka' Solat lah kamu di belakang imam sebelum kamu disolatkan di hadapan imam' |