![]() ![]() ![]() ![]() |
Sahabat
Wednesday, 12 December 2012 | 10:35 pm | 0 candie blossom
Holla! Assalamualaikum :')Hari ini saya nak menceritakan sesuatu yang tersimpan dalam hati selama ini. Pada 23/10/2012 saya telah pergi meninggalkan seorang sahabat yang amat saya sayangi. Walaupun kami baru berkenal dalam beberapa bulan masa itu. Tapi kami rapat macam dah setahun berkenalan. Pada mulanya kami hanya ber "HAI HAI" gitu. Bertemu dan saling menegur pada latihan rumah sukan (Wira/Kuning), dan, alhamdulillah, sampai sekarang kami bersama. Saling menceritakan masalah ataupun cerita gembira. Kami sentiasa bersama. Dia ada untuk saya dalam keadaan suka dan duka, sedih dan ketawa. Dia ada untuk saya walaupun keadaannya yang agak tidak sehat atau pun apa apa lah. Dan kami sentiasa bersama. Diwaktu persekolahan, kami sering bersama. Dimana ada dia, di situ ada saya. Hehe. Bersama sama untuk selamanyaa~ Berjalan untuk 'parking' beg bersama, duduk bersama, melukis baju bersama, jalan menuju ke kelas bersama, waktu solat jalan bersama, ambik wudhu bersama, main baling2 air, solat bersebelahan, menuju ke kantin bersama, beli minuman/makanan bersama, duduk di tempat yang sama, dan malangnyaa, balik je tak bersama. Sebab saya balik dengan Yayang saya. Hahaha And yeah, senang cerita pendek cerita, Kita selalu bersama... Saya rindu kan awak. Awak ada sebelah saya sewaktu saya dimaki, dicaci, dihina.. Awak ada untuk saya menceritakan masalah saya masa itu.. Awak ada untuk saya genggam erat tangan awak. Awak ada untuk saya menumpang bahu menangis di bahu dan pangkuan awak. Awak ada untuk saya walau bagaimana punnn~~ Awak banyak mengajar saya apa erti itu "sahabat" yang sebenar.. Awak mengajar saya supaya tidak senang orang memijak kepala kita sesuka hati.. Dan, awak mengajar sayalah~ Hehehe Saya amat menghargai awak ketika awak berada dengan saya selama ini.. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih banyak banyak kerana awak banyak bantu saya. Saya sayang awak macam mana saya sayang adik beradik saya.. Saya dah anggap awak macam kakak dan adik saya. Saya tahu awak seorang, tapi sukahati saya lah. Hehehe. Jangan marah.~~ saya taknak awak sakit.. saya nak awak sehat sejahtera ~ Yeah, sejujurnya, dalam tahun 2012 ni saya banyak demam. Hehehe alah, demam itu perkara kecik sahaja. Awaklah sahabat Dunia dan Akhirat saya. InsyaAllah ~ Saya harap kita tak 'LOSE CONTACT' kay.. Saya nak macam dulu. Yang selalu Chat,Tweet,Skype,Call,Message.... Yayayayaaa *winkwink* Hehe. Dan kata kata akhir saya .... saya nak awak ampun kan dosa saya selama saya berada bersama awak. sama ada saya sedar ataupun tidak.. saya hanya manusia biasa yang tidak pernah lekang daripada melakukan dosa ,bukan? saya dah lama maafkan kesilapan awak. yeah, sama ada awak ada silap ataupun tak. saya nak awak jaga kesihatan awak. jaga makan minum awak. please dengar cakap saya, kalau awak sakit, jangan lupa makan ubat. dan, bila awak sakit teruk please bagitahu saya. kalau awak tak bagitahu saya lagi saya risau. awak jangan pernah berahsia dengan saya. saya ada untuk awak menceritakan apa yang awak nak luahkan. saya sedia menerima dengan lapang dada. saya akan tolong dan bantu awak sedaya upaya saya.. dan awak jangan lupa, Saya sentiasa ingat awak.. dan Sayang awak..
Sampai disini sahaja. saya berharap awak sehat selalu :') saya sayangkan awak...
Assalamualaikum *winkwink*
xoxo,
hana
|