|
!! 10 FACTS ABAOUT ME !!
Saturday 24 October 2015 | 1:55 am | 2 candie blossom
Okay, memandangkan dah beberapa harini niat nak post new entry tergendala disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan <plus> malas so, nah! Kita mula kan dengan yang ini. 10 FACTS ABOUT ME yang mungkin korang tak tau yang aku ni ada perangai pelik atau yang korang memang tak tahu gila ah. Okay. Tapi mohon lepas tau ni, diam diam je ah HAHAHA.
#1 Suka makan
Okay, benda ni mesti korang rasa nak tergelak sebab kenyataan ni macam tak masuk akal en. Well, aku makan banyak pon bukannya gemok pon. So sebab tu aku suka makan. Weh, makan ni nikmat tauu. Lagi kalau dapat makanan FAVORITE kau! Haaaa macam aku ni en. Kalau ibu masak Asam Pedas (ikan apa apalah), Ikan/Ayam masak kicap, Kari Ayam/Ikan. Hulamakkk, memang makan bertambah beb. Sekali ambik penuh dah pinggan, dua kali ambik okay dah cukup. And lagi satu kalau dapat Lasagna or Carbonara dkt KLCC. OMG my all time favorite food bila pegi KLCC. Hahaha sampai orang cakap, "hana, kau bela hantu raya ke? makan banyak tapi tak gemuk ni?" lol. K taklawak. Dan aku menyampah orang cakap macam tu. Serious
#2 Shopaholic
Eh, perempuan lah weh. Dorang ada 99 nafsu dan antara semua nafsu dia, ni lah. Shopping. Hahaha. Tapi macam aku ni, kalau pegi shopping mall, tapi takde duit, hanya boleh sekadar cuci mata je lah. Tapi kalau ada duit dekat tangan, RM1000 pon aku boleh habiskan dalam masa satu hari hanya sebab shopping ni. Huu, boros weh. Tak boleh buat bini ((so jangan kawin dengan aku)) . Tapi shopping tu pon tengok ah. Kalau benda tu cantik and high quality but expensive, hm hanya mampu tengok je lah <even ada duit dalam tangan>. Seboros-boros aku ni, ada lah akal gak, yang duit tu berguna untuk masa akan datang. Takde lah boros sangat en.
#3 Pendiam
Okay, aku memang pendiam. Sangat sangat pendiam. Dan aku hanya boleh bercakap dengan orang yang aku kenal sahaja. Ala, tapi tak gak. Even aku kenal orang tu, tapi tak rapat, aku tak banyak cakap gak. Tapi pendiam aku ni tak bermakna yang aku ni sombong okay! Nak tegur, tegur lah. Insya-Allah aku bagi respond ((kalau mood tengah baik)). Tapi kalau muka pon tah pape, pastu tegur aku pon tah pape. Jangan harap ler nak aku tegur balik. Sorry bro
#4 Cara aku
Okay yang ini aku nak bagitau sikit ah. Aku tak boleh hidup dengan orang yang tak boleh nak ikut cara aku. Cara aku tu macam mana? Contohnya, macam aku adik beradik perempuan share bilik. 4 girls in one room. Memandangkan sorang dah terbang ke Alexandria, Egypt. Tinggal lah 3 orang but every weekend je kakngah ada ((sebab dia study dekat IPB, Kampung Pandan)). Macam aku ni kan pembersih, kemas. Aku dah penat penat kemas katil, kemas bilik lah konklusinya. Baru je kemas cadar katil elok-elok, tegang gila dah cadar aku buat, boleh pulak sorang ni terjun atas katil. Yang aku ni punya lah sayang, baring dekat bawah ((nak tido petang en)), dia boleh menggelinjang atas katil. Allah! Ni paling aku stress, paling aku tak suka, paling aku tak boleh hidup dengan orang macam ni.
#5 Tak suka duduk berasingan
Terutama sekali daripada my parents. Wahhh, paling tak boleh weh! Aku tak boleh bayangkan nanti masuk universiti macam mana. No no! Paling tak suka. Even last year, 2 minggu duduk Johor, tiap malam aku menangis nak ibu haaa. Ni belum masuk Universiti yang akan berenggang dengan ibu ayah selama berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan. Sumpah aku tak boleh.
#6 Selekeh
Hahaha okay ni kelako en. Ya, aku ni seorang yang sangat selekeh. Tak reti dress up elok-elok bila keluar jalan-jalan. Apa yang aku pakai daily tu lah yang aku akan pakai kalau keluar jenjalan. Jap, for what kau nak ber-dress up kemain vock kedevass padahal kau hanya pegi Jusco nak makan secret recipe or tengok kasut yang tengah sale je?! Huh. Dan kalau aku ada mood nak keluar tu pakai shawl, belit lah sepuluh kali ke berkali-kali. Kalau takjadi, aku akan bukak dan ambik tudung Lily Cloverush ((tudung sarung yang aku selalu pakai)) tu. Haaaa kan senang. Takpayah susah-susah nak belit-belit. Sarung je siap. Asalkan tutup aurat tutup dada, dah lah en?
#7 Senang sayang dan benci
Okay, Nurul Hana ni cepat sayang orang dan senang untuk membenci seseorang. So aku malas nak huraikan benda ni sebab aku tak suka. Kalau kau nak aku sayang kau, buat lah cara supaya aku boleh sayang kau. Kalau kau nak aku benci kau, senang je. Cakap je apa-apa pasal aku, atau buat aku sakit hati, atau apa-apa je lah. Yang penting kau boleh gmati :)
#8 Cemburu
Semua manusia ada sifat cemburu en ((tipu lah kalau takde)). Macam aku ni, sangat-sangat lah senang untuk cemburu. Cemburu buta. Well, i'm so sorry. But i will changed it :)
#9 Baking
Okay, aku sangat sukakan baking. Sangat-sangat. Kalau boleh, tiap hari nak bake. But sekarang duit pon bermasalah so dia ikut mood ah. Paling suka buat Congo Bars, Chocolate Chips Cookies and Cake. Nanti nak try buat something different but still tengah cari idea apa nak buat for next!
#10 Obsessed
Bukan lah obsessed dekat benda yang tak senonoh. I mean obsessed with something yang aku suka. Contohnya, macam sekarang. Sangat-sangat obsessed untuk buat collection Matte Lipstick. Hahaha, i dont know why but i really like it.
Hulamak der, penat aku nak memikirkan apa aku punya facts ni. Hahaha. Okay lah, ni serba sedikit tentang diri aku yang mungkin korang dah tau atau taktau. Okay, till we meet again for the next entry! Malam Selamat.
|